Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak
bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid
Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.
Beliau berkata
mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu
diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai
sensitiviti agama.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini
perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang
mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup
dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.
Beliau berkata
demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala
khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.
"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya